Wanita solehah ibarat mutiara yang sukar didapati..

wanita solehah idaman lelaki soleh

IslamItuIndah

tabung PTPTN=)

Sunday, July 10, 2011

Kamar syurga

Bismillahirrahmanirahim...

Alhamdulillah, hari ini ana masih diberi kesempatan untuk menulis dan semoga Allah redha dengan setiap taipan ini.

Kamar syurga atau bilik syurga.. Syurga yang merupakan ganjaran kepada manusia yang melakukan kebaikan.Dan sudah pasti syuga merupakan idaman setiap insan. Syurga firdaus merupakan syurga yang tertinggi yang ada di akhirat.



Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan.Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satuhiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat. "Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya."

"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

Ya Allah,aku tidak layak untuk syurgaMu, namun tak pula aku sanggup menanggung siksa nerakaMu dari itu kurniakanlah keampunan kepadaku..Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar...

Wallahu a'lam

Friday, July 8, 2011

Jadi soleh, dapat solehah...

Bismillahirrahmanirrahim..

 Apa khabar blogger semua? Semoga semuanya sihat selalu.
Hari ni nak share bercerita tentang pasangan ideal.

Suatu hari, Mulla Nasruddin berjalan-jalan dengan seorang teman sambil bersembang. "Besok saya bakal menikah, Mulla," kata temannya dengan nada gembira. "Bukankah perkahwinan itu menyenangkan? Apakah Mulla pernah berfikir untuk menikah?" tanyanya.Nasruddin tersenyum dan berkata, "Di masa muda, tiada yang saya fikirkan selain menikah.Pada kenyataannya, begitu inginnya saya mendapatkan isteri sempurna sampai saya keliling dunia untuk mencarinya." Di Damaskus, saya bertemu dengan seorang wanita cantik yang baik dan menyenangkan. Tapi dia tak punya pengetahuan umum tentang dunia.
"Di isfahan, saya bertemu pula dengan perempuan yang baik, cantik dan berpengetahuan
luas, tapi dia sosial dan tidak tertarik pada kehidupan yang bertunjuangkan keagamaan."
Tanya temannya, "Mulla seterusnya pergi ke mana?" Nasruddin kembali tersenyum "Saya
lupa ke mana saya, tapi saya bertemu dengan seseorang perempuan yang benar-benar cantik,
agamanya baik dan berpengetahuan luas tapi sayangnya, dia tidak mampu berkomunikasi
dengan baik.

"Akhirnya saya ke Cairo dan di sana sesudah mencari ke sana sini, saya bertemu dengan
seorang calon yang pada pandangan saya cukup sempurna. Dia memiliki segala sesuatu yang
saya dambakan sebagai seorang isteri selama ini. Dia benar-benar sempurna." "Habis, kenapa
Mulla tidak bernikah sahaja dengannya dan masih membujang sehingga kini?" Sambil
menggeleng-gelengkan kepalanya, Nasruddin membalas, " Itulah, dia juga mencari suami
sempurna."




Sekarang, macam mana? Apa yang blogger dapat daripada kisah di atas? Semua orang mengidam-idamkan pasangan yang soleh dan solehah. Tapi, sedarlah bahawa jika kita ibarat kaca, mampukah kita bergandingan dengan mutiara? Ana pernah baca buku Satu Rasa Dua Hati karya Ustaz Pahrol Mohd. Juoi. Dalam buku tu, ada sub topic tentang cari jodoh. Sesungguhnya, ingatlah satu perkara:

Jadi soleh, dapat solehah

Dan sebaliknya. InsyaALLAH, Allah akan mempermudahkan urusan hambaNya selagi kita sentiasa di jalanNya.
P/S: bila ada masa, ana akan cuba petik sedikit kisah 'jadi soleh,dapat solehah dari buku ustaz Pahrol,insyaALLAH.
Wallahu a'lam



Wednesday, July 6, 2011

Jangan Berfikir untuk Bersedekah!

Bismillahirrahmanirrahim...

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW., sabdanya:
Ada seorang lelaki berkata, Aku hendak bersedekah malam ini. Lalu dia keluar membawa
sedekahnya dan disedekahkannya kepada perempuan lacur. Esok pagi orang banyak
mempercakapkan bahawa tadi malam ada pelacur yang diberi orang sedekah. Orang itu
berujar,
Wahai, Allah! Segala puji bagi-Mu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh
kepada pelacur. Aku akan bersedekah lagi.
Dia pergi pula membawa sedekahnya, lalu
diberikannya kepada orang kaya.

Pagi-pagi orang banyak mempercakapkannya pula, bahawa tadi malam ada orang memberi
sedekah kepada orang kaya. Lalu orang yang bersedekah itu berkata,
Wahai, Allah! Untuk-
Mulah segala puji,kerana Engkau telah menjadikan sedekahku jatuh kepada orang kaya.
Aku akan bersedekah lagi.
Dia pergi pula membawa sedekahnya, dan diberikannya kepada
si pencuri. Pagi-pagi orang banyak mempercakapkannya pula, bahawa tadi malam ada orang
bersedekah kepada pencuri. Orang yang bersedekah itu pun berujar pula,
Segala puji bagi
Allah yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur, kepada orang kaya, dan
kepada pencuri.

Kemudian orang itu didatangi malaikat seraya katanya : “Sedekah anda sudah diterima baik
oleh masing-masing orang yang anda beri sedekah. Adapun perempuan lacur, semoga dia
berhenti dari perbuatan melacur; kepada si kaya, semoga dia menyedari dirinya dan
bersedekah pula; dan untuk si pencuri, semoga dia berhenti mencuri.
[HR Muslim]
Berdasarkan hadis ini jelas sekali kepada kita bahawa sedekah kita tetap diterima oleh Allah
seandainya ada keikhlasan di atas apa yang disedekahkan oleh kita. Sesiapa pun yang
menerima sedekah kita tidak menjadi masalah, walaupun mungkin pada pandangan nilaian
mata manusia sedekah yang kita lakukan berlaku di luar adat manusia. Tetapi bila kita
membaca mafhum hadis ini jelas sekali apabila kita timbul niat untuk bersedekah, maka
jangan kita berfikir panjang kepada siapa dan berapakah jumlahnya yang akan kita
keluarkan untuk bersedekah.

Lelaki yang disebut di dalam hadis ini tidak menghiraukan apa jua perkataan yang keluar
walaupun sedekah yang dikeluarkan tidak menepati nilaian mata manusia, namun apa yang
lebih penting ialah nilaian amal kebajikan di sisi Allah SWT.



Jadilah golongan yang memberi kerana kedudukannya jauh lebih mulia berbanding mereka
yang menerima. Allah SWT amat memuliakan golongan yang memberi ini, tetapi seandainya
mereka memberi tetapi dalam keadaan si penerima tidak redha dan merasa benci dengan
pemberian dan sedekahnya kerana wujud kejian dan kata-kata yang tidak baik, maka
adakah ianya mendapat rahmat di sisi Allah? Mudah-mudahan amal baik kita ini diterima oleh Allah SWT.

Wallahu a'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

stalker2...

Create a Meebo Chat Room

da'i...