Prnh tengok The Big 'C' x kat astro?
huh?
katanye penyakit kanser itu satu award-->anugerah=)
but
for me..that still disease..kite x penah jd kat org tsebut,so xtaw ape
mreka rasa,ryte?kM ada sorg kwn yg ada kanser..
but she try to hide her
disease from anybody..so,let me inform u ttg tanda2 kanser.so that,korg
ley wat check up b4 late.
Kanser merupakan pertumbuhan sel-sel
abnormal yang tidak terkawal. Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakan
secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan yang disebut tumor,
jika tumor ini merebak ke bahagian lain ia dinamakan “tumor bernigna”
(bukan kanser) tetapi jika ia merebak ke tisu-tisu dan organ-organ
berhampiran atau merebak melalui saluran darah atau limfa ia dinamakan
“tumor malignan” (kanser).
Ada bynk jenis kanser and ni antara gejalanye:
Kanser pangkal rahim :
sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
Kanser payudara :
bengkak
atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting,
pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
Kanser usus besar:
perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan
usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
Kanser paru-paru:
batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
Kanser perut:
hilang berat
badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat
kenyang walaupun makan sedikit.
Kanser limpa:
sakit di
bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata
menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
Kanser ovari:
haid tidak
teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama,
ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
Kanser otak:
sakit kepala,
muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam,
pelupa, perubahan personaliti.
Kanser prostat:
sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
Kanser darah (leukimia):
letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
Kanser tekak:
suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
sedikit pnmbhn dri
sini=)
Ok.thats all 4 dis time=)